Thursday, April 15, 2010

HIDUP INI DAN TALIAN NYA KEPADA TUHAN

Aku meminta kepada Tuhan
setangkai bunga segar,
Dia memberikan aku kaktus berduri,
Aku meminta kupu-kupu,
Dia memberikan aku seekor beluncas,
aku mulai sedih dan kecewa di dalam hati,
namun Tuhan maha Besar dan Memahami,
Tuhan tidak memberikan apa yang kita mahukan dan kita impikan,
kemudian kaktus berduri itu berbunga,
indah sekali tampak serinya,
beluncas yang aku keji itu mnjadi kupu-kupu
yang amat cantik di mata,
TUHAN MAHA BERKUASA,
Tuhan tidak memberi apa yang kita impikan,
tetapi kita dianugerahkan apa yang kita perlukan,
kadang kala pasti kita akan berasa sedih dan kecewa,
kerana di atas sana Tuhan telah mengaturkan 
yang terbaik untuk kita.
terpulang kepada kita untuk menerima anugerah itu atau masih mengharap
kepada apa yang kita mahukan.
apa yang kita mahukan hanya bersifat sementara,
namun apa yang dianugerahkan kepada kita itu adalah 
untuk selamanya dan terbaik.
begitulah karangan hidup yang dapat aku pamerkan kepada umum,
hilang nya sesuatu pasti ada gantinya,
datang nya sedih pasti bertemankan gembira kemudian hari.
uijan ini hadir pasti ada hikmahnya wahai semua hamba yang telus.

No comments:

Post a Comment